SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

HILANG….


Assalamualaikum kawan-kawan dan semua teman yang menziarahi blog saya ni…. Dah lama tak menulis. Kini kite berjumpa lagi.

Em… cuti Tahun Baru Cina aku isi dengan berjalan makan angin bersama family. Dah lama tidak seperti ini. Kami ke Kampung Kuantan tengok kunang-kunang dan pergi ke Pulau Carry.
Dalam perjalanan itu aku sangat gembira. Namun ade sesuatu yang tiada... Em... gambar kenangan...

ntah la... knp la yek... aku hilang dalam keseronokan ni... Atau aku yang tidak seronok.
Ntah la...

Hilang....

CANGGUN

Ramai yang pelik apabila saya guna perkataan CANGGUN. Kalau canggung sudah biasa kan... Yup, tiada dalam kamus dewan atau kamus jenis apa pun. Tapi pada saya ia suatu sumber motivasi yang mahal...


CANGGUN ni adalah gabungan perkataan CANGGIH dan ANGGUN. Inilah daya motivasi baru era kini bagi saya.


Canggun perlu hadir dalam sistem motivasi insan pada masa kini. Kenapa??? Sebab inilah diri seorang yang termotivasi untuk majukan diri dan membantu orang lain.


Justeru, pastikan anda hari ini mampu lahirkan satu produk yang CANGGUN untuk membantu diri dan orang lain.


Jumpa lagi.... Salam Cikgu Di Hati. Pastikan andalah CANGGUN!!

Sesi kaunseling pertama...



Salam sejahtera... hari ini hari Selasa kali pertama di sekolah aku mula buat sesi kaunseling. Kaunseling kelompok. Hehehe... dah lama sgt tak buat sampai rs hilang sentuhan... Ini lah dunia kan... Dalam usaha ingin membantu aku merakam sesi dengan kebenaran klien sebagai bukti melaksanakan sesi.

Apa-apa pun dalam kelam kabut sesi pertama aku tu.... sebenarnya aku da bergelumang dengan klien dalam masa 1 jam setengah. Hu... lama... Daripada perkongsian kelompok, baru satu isu psikologi yang dapat aku selesaikan. Aku minta kebenaran tamatkan sesi kerana agak penat. Sayangnye..... Selepas klien aku kluar... aku nk semak balik rupa-rupanya aku x tekan rekod. Peh... sedih gile.... Hampeh!!!

Hehehehe... apa2 pun pasti seronok dengan pengalaman pertama ini. Cayok semua kawan2. Salam... Jumpa lagi... Salam Cikgu Di Hati!!!

DIA TIADA PENGGANTI….



Salam kawan-kawan semua… bile ddk2 di rumah ni sy teringat seorang yg sangat sy rindui. Dia la kawan baik terbaik saya sepanjang hidup. Bile saya kenang2 semula dia la rakan yg sentiasa sokong sy. Sehingga di akhir sy berkhidmat dlm organisasi. Sehingga pada hari terakhir setelah tesis siap. AZWA mmg tiada tandingan. Hehehe... sy sedih kami dah jauh skrg. Alangkah indahnye ade peluang jumpa dia lg... Semoga kami berjumpa lagi. Kawan, kau saudara, kau penyokong dan kau segala-galanya. AZWA tiada pengganti

PUISI UNTUK JMK KHAR 2009/10

SUMBANG DAN LANCAR
Dedikasi untuk semua JMK KHAR 09/10

Sebelum aku menari di sini,
Aku memerhati gerak tari mereka,
Sumbang dan lancar
Asam garam dunia mereka

Sumbang mereka bukan sia-sia
Lancar pula bukan nilaian sebenar
Namun kerana sumbang dan lancar
Pedoman berharga buat ku

Tika tiba masa ku menari pula
Ku perbaiki sumbang persembahan mereka
Ku hiasi lagi lancar tarian mereka
Ku pelbagaikan tarian serata dunia

Aku berjaya atau tidak,
Tarian ku sumbang atau lancar
Kamu yang nilai,
Kamu yang hurai

Kini persembahan ku tiba di noktah
Kamu pula merencana tari
Nahkoda tarian kali ini
Jangan ulangi sumbang ku
Jangan agungkan lancar tarian ku

Kini kamu di atas pentas
Ayuh teruskan
Butakan telinga mu dari puji atau keji
Buka mata mu ketika di puji atau dikeji

Biar mulut mereka begitu....
Jangan pencilkan semangat kamu
Pentas ini milik kamu!
Rencanakan tari seindah baldu

Tarian kamu kamulah penarinya
Kamulah penentunya
Sumbang atau lancarnya.

Senja mula berlabuh

SENJA MULA BERLABUH
Dedikasi untuk semua rakan sem 7


Petang,
Ketika beburung kembali ke sarang,
Ketika matahari kian suram,
Ketika sinar ceria mula muram,
Ketika ini senja datang,

Aku merenung jauh pagi dinihari,
Masih segar udaranya dlm nafasku,
Masih terpancar lakaran alam pagi itu,
Masih waja wawasan hijau ku cipta pagi itu,
Masih ranum ku genggam tekad ku

Kini senja datang,
Aku tahu pagi tadi jauh meninggalkan ku,
Jauh yang tak akan ku bersua lagi,
Ku potretkan hari ini dalam filem kenangan,
Kerana ku tahu hitam putih hari ini
Laluan esok yang datang

Telah jauh ku tinggalkan kenangan pagi tadi,
Aku masih bergelumang dengan sedih,
Sedih... terkenang rakan-rakan,
Sedih... terkenang sejarah ku lakar,
Sedih... Setiap budi yang rakan ku taburkan
Semuanya ikhlas....
Ikhlas seorang rakan demi rakan

Ia bukan sekadar kenangan,
Ia bukan angin yang bersahaja datang
Ia sebuah pengalaman
Yang terus segar dalam diam

Aku terkenang jauh,
Ketika senja sudah berlabuh

Hafiez
11.53.
Bilik 2.5.2 (1)
KHAR...

Kereta Idaman...




Em.... x sangka sekarang ni saya dah besar kan.... da nk hbs da belaja di UPSI... Mcm2 pengalaman telah saya perolehi... Seronoknya....

Bile da nk hbs ni sy pk mcm2 lak... termasuk la posting.... tp tu xpenting... yg penting kereta idaman saya ni

huhuhu... tgk la. Kereta idaman saya. SAVVY