SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

PUISI UNTUK JMK KHAR 2009/10

SUMBANG DAN LANCAR
Dedikasi untuk semua JMK KHAR 09/10

Sebelum aku menari di sini,
Aku memerhati gerak tari mereka,
Sumbang dan lancar
Asam garam dunia mereka

Sumbang mereka bukan sia-sia
Lancar pula bukan nilaian sebenar
Namun kerana sumbang dan lancar
Pedoman berharga buat ku

Tika tiba masa ku menari pula
Ku perbaiki sumbang persembahan mereka
Ku hiasi lagi lancar tarian mereka
Ku pelbagaikan tarian serata dunia

Aku berjaya atau tidak,
Tarian ku sumbang atau lancar
Kamu yang nilai,
Kamu yang hurai

Kini persembahan ku tiba di noktah
Kamu pula merencana tari
Nahkoda tarian kali ini
Jangan ulangi sumbang ku
Jangan agungkan lancar tarian ku

Kini kamu di atas pentas
Ayuh teruskan
Butakan telinga mu dari puji atau keji
Buka mata mu ketika di puji atau dikeji

Biar mulut mereka begitu....
Jangan pencilkan semangat kamu
Pentas ini milik kamu!
Rencanakan tari seindah baldu

Tarian kamu kamulah penarinya
Kamulah penentunya
Sumbang atau lancarnya.

1 comments:

;( rindunye kat jmk...kan best kalau semua jmk dtg cini..ke korea...sy rela penat buat program tapi tak keseorangan..susahnya mencari teman... :(

 

Post a Comment