SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

TERENGGANU … Selepas 14 tahun






Assalamualaikum dan Salam cikgu di hati.

Apa khabar semua rakan-rakan, semoga sihat selalu. Yang penting pastikan anda CANGGUN. Jadilah orang biasa yang tampil luar biasa.

Cuti sekolah kali ini sangat bermakna buat saya. Kenapa?? Sebab saya telah kembali ke suatu tempat yang telah 14 tahun saya tinggalkan. Terengganu. Perjalanan mengambil masa 8 jam. Penat memang penat tapi seronok,

Terengganu memang berbeza dengan 14 tahun dahulu. Nampak moden dan bleh tandingi melaka. Aku sampai di Kemaman memang best. Aku jatuh cinta dengan suasananya yang sangat tenang dan aman.

Jadi… xmau ckp pnjng2. Layan je la gambar yang ade ni. Sebab aku fotographer guma aku, jd gambar aku x banyak…

Hehehehe….

Ok… Salam cikgu di hati. Salam Canggun!!

15 MINIT




15 minit... Tempoh dari SMK aku ke Putrajaya. Hari ini sy ke Putrajaya. Destinasi sy Masjid besi... Untuk berjumpa ayah saya, kebetulan menghantar abang yang akan memasuki alam pekerjaan JAKIM.

Sekejap sahaja sudah tiba ke destinasi. Jadi saya menunggu hampir 1 jam. Waktu tu sy habiskan membaca AL- Mathurat dan sempat mengambil beberapa keping gambar. Jemput la lihat.... Salam....

BERAPA JAUH TERBANGAN KU…???

Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati. Bertemu lagi kita pada ruangan tinta pada kali ini... Alhamdulillah, dah 3 minggu praktikum berlangsung. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi.

Ok.. anda pasti pernah dengan jika kita menjadi guru, kita kene buat pelbagai bende dalam satu masa. Hehehe... sgj utk kongsikan apa yang berlaku di sekolah saya.


Suatu hari, ada guru beritahu ada berlaku hesteria di kelas tingkatan tiga. Terperanjat saya apabila saya diminta untuk tolong. Saya pergi untuk cuba membantu. Ikhlas untuk membantu pelajar itu.


Alhadulillah, saya baca Ayat Kursi di ubun-ubun kepala pelajar itu. Bila dia dah hampir sedar saya ajak dia berbual hingga dia benar-benar sedar. Saya gembira dapat membantu. Sejak itu ada kata-kata bahawa saya ada ilmu la apa la.... Sedang kan saya masih guna kemahiran kaunseling sahaja. Sungguh... =>


Apabila saya kembali ke bilik kaunseling saya mula terfikir, memang mencabar menjadi guru terutama kaunselor ni. Mana tidaknya, pelajar kene hesteria pun kaunselor juga dipanggil. Ntah la... Memang pengalaman luar biasa... Cuma... Sejauh mana mampu saya terbang.... ??


Salam Cikgu Di Hati, Pastikan anda canggun pada hari ini dan setiap hari. Salam.