SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

Biasa Bisa Luar Biasa

Tidak terkata ketika wisel penamat dibunyikan

SMKBC!!! Boleh! Boleh! Boleh!

Pemain disuntik sokongan moral dengan
kehadiran pengetua dan YDP PIBG

Johan Bola sepak Bwh 18 thn SMK Bukit Changgang


Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati.

Apa khabar rakan-rakan, semoga anda CANGGUN sentiasa. Alhamdullilah akhirnya saya masih diberi kesempatan untuk mencoret lagi dalam blog saya…

CANGGIH dan ANGGUN sentiasa menjadi dasar perlakuan saya. Hal ini lah resipi kejayaan sekolah saya dalam bola sepak… Sebuah sekolah yang tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dan hanya pernah sekali menjadi finalis itupun tewas pada perlawanan akhir.

Dengan latihan yang cukup dan perkongsian pengalaman, saya telah Berjaya melatih seorang pelajar tingkatan tiga menjadi penjaga gol terbaik perlawanan dan menyusun strategi ampuh menyebabkan pasukan lawan buntu menghasilkan gol. Sekolah ini menjadi johan pada tahun ini. Satu sekolah sangat gembira dan bangga.

Kejayaan ini sungguh bermakna kepada saya. Inilah usaha seorang guru pelatih yang memainkan peranan jurulatih. Segalanya kerana niat kita dan sentiasa CANGGUN.

Semoga bertemu lagi dalam pertemuan akan datang. Ingat selalu bila anda CANGGUN apa-apa pun milik anda. Salam Cikgu Di Hati