Assalamualaikum dan Salam cikgu di hati.
Hehehehe….
Assalamualaikum dan Salam cikgu di hati.
Hehehehe….



Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati. Bertemu lagi kita pada ruangan tinta pada kali ini... Alhamdulillah, dah 3 minggu praktikum berlangsung. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi.
Ok.. anda pasti pernah dengan jika kita menjadi guru, kita kene buat pelbagai bende dalam satu masa. Hehehe... sgj utk kongsikan apa yang berlaku di sekolah saya.
Suatu hari, ada guru beritahu ada berlaku hesteria di kelas tingkatan tiga. Terperanjat saya apabila saya diminta untuk tolong. Saya pergi untuk cuba membantu. Ikhlas untuk membantu pelajar itu.
Alhadulillah, saya baca Ayat Kursi di ubun-ubun kepala pelajar itu. Bila dia dah hampir sedar saya ajak dia berbual hingga dia benar-benar sedar. Saya gembira dapat membantu. Sejak itu ada kata-kata bahawa saya ada ilmu la apa la.... Sedang kan saya masih guna kemahiran kaunseling sahaja. Sungguh... =>
Apabila saya kembali ke bilik kaunseling saya mula terfikir, memang mencabar menjadi guru terutama kaunselor ni. Mana tidaknya, pelajar kene hesteria pun kaunselor juga dipanggil. Ntah la... Memang pengalaman luar biasa... Cuma... Sejauh mana mampu saya terbang.... ??
Salam Cikgu Di Hati, Pastikan anda canggun pada hari ini dan setiap hari. Salam.

Ramai yang pelik apabila saya guna perkataan CANGGUN. Kalau canggung sudah biasa kan... Yup, tiada dalam kamus dewan atau kamus jenis apa pun. Tapi pada saya ia suatu sumber motivasi yang mahal...
CANGGUN ni adalah gabungan perkataan CANGGIH dan ANGGUN. Inilah daya motivasi baru era kini bagi saya.
Canggun perlu hadir dalam sistem motivasi insan pada masa kini. Kenapa??? Sebab inilah diri seorang yang termotivasi untuk majukan diri dan membantu orang lain.
Justeru, pastikan anda hari ini mampu lahirkan satu produk yang CANGGUN untuk membantu diri dan orang lain.
Jumpa lagi.... Salam Cikgu Di Hati. Pastikan andalah CANGGUN!!

