SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

FUTSAL PIALA TAN SRI MAHYUDIN YASIN


Perlawanan akhir bertemu Kg. Raja, Pagoh. Team under dog



Aksi lincah semasa perlawanan akhir. lihat la berapa ramai
penonton yang ingin menyaksikan kumpulan kami itu.


Sayang nya.... kami menang tempat kedua apabila tewas penalti 3-2

Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati.

Salam pertemuan dengan semua rakan-rakan yang masih lagi melihat blog saya ni. da la gak x update... maaf.. bukan busy sgt... tp cbuk dengan lain2 laman sosial mengikut perkembangan. Walau macamne pun, bila sy tengok blog ni sy pasti msh ramai yang mengkuti perkembangan saya.

Nak tau apa yang sy buat sekarang??? sy main bola sepak untuk kelab di kampung saya dan saya juga terlibat dengan futsal... semua ni kan hobi saya... bagus gak la... ada gak bende nk buat cuti2 ni btl x??

Jadi hari ni sy kongsikan kpd anda semua salah satu kejayaan saya. pertandingan futsal Piala Tan Sri Mahyudin Yasin.

Semoga berjumpa lagi... salam...

Biasa Bisa Luar Biasa

Tidak terkata ketika wisel penamat dibunyikan

SMKBC!!! Boleh! Boleh! Boleh!

Pemain disuntik sokongan moral dengan
kehadiran pengetua dan YDP PIBG

Johan Bola sepak Bwh 18 thn SMK Bukit Changgang


Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati.

Apa khabar rakan-rakan, semoga anda CANGGUN sentiasa. Alhamdullilah akhirnya saya masih diberi kesempatan untuk mencoret lagi dalam blog saya…

CANGGIH dan ANGGUN sentiasa menjadi dasar perlakuan saya. Hal ini lah resipi kejayaan sekolah saya dalam bola sepak… Sebuah sekolah yang tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dan hanya pernah sekali menjadi finalis itupun tewas pada perlawanan akhir.

Dengan latihan yang cukup dan perkongsian pengalaman, saya telah Berjaya melatih seorang pelajar tingkatan tiga menjadi penjaga gol terbaik perlawanan dan menyusun strategi ampuh menyebabkan pasukan lawan buntu menghasilkan gol. Sekolah ini menjadi johan pada tahun ini. Satu sekolah sangat gembira dan bangga.

Kejayaan ini sungguh bermakna kepada saya. Inilah usaha seorang guru pelatih yang memainkan peranan jurulatih. Segalanya kerana niat kita dan sentiasa CANGGUN.

Semoga bertemu lagi dalam pertemuan akan datang. Ingat selalu bila anda CANGGUN apa-apa pun milik anda. Salam Cikgu Di Hati

TERENGGANU … Selepas 14 tahun






Assalamualaikum dan Salam cikgu di hati.

Apa khabar semua rakan-rakan, semoga sihat selalu. Yang penting pastikan anda CANGGUN. Jadilah orang biasa yang tampil luar biasa.

Cuti sekolah kali ini sangat bermakna buat saya. Kenapa?? Sebab saya telah kembali ke suatu tempat yang telah 14 tahun saya tinggalkan. Terengganu. Perjalanan mengambil masa 8 jam. Penat memang penat tapi seronok,

Terengganu memang berbeza dengan 14 tahun dahulu. Nampak moden dan bleh tandingi melaka. Aku sampai di Kemaman memang best. Aku jatuh cinta dengan suasananya yang sangat tenang dan aman.

Jadi… xmau ckp pnjng2. Layan je la gambar yang ade ni. Sebab aku fotographer guma aku, jd gambar aku x banyak…

Hehehehe….

Ok… Salam cikgu di hati. Salam Canggun!!

15 MINIT




15 minit... Tempoh dari SMK aku ke Putrajaya. Hari ini sy ke Putrajaya. Destinasi sy Masjid besi... Untuk berjumpa ayah saya, kebetulan menghantar abang yang akan memasuki alam pekerjaan JAKIM.

Sekejap sahaja sudah tiba ke destinasi. Jadi saya menunggu hampir 1 jam. Waktu tu sy habiskan membaca AL- Mathurat dan sempat mengambil beberapa keping gambar. Jemput la lihat.... Salam....

BERAPA JAUH TERBANGAN KU…???

Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati. Bertemu lagi kita pada ruangan tinta pada kali ini... Alhamdulillah, dah 3 minggu praktikum berlangsung. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi.

Ok.. anda pasti pernah dengan jika kita menjadi guru, kita kene buat pelbagai bende dalam satu masa. Hehehe... sgj utk kongsikan apa yang berlaku di sekolah saya.


Suatu hari, ada guru beritahu ada berlaku hesteria di kelas tingkatan tiga. Terperanjat saya apabila saya diminta untuk tolong. Saya pergi untuk cuba membantu. Ikhlas untuk membantu pelajar itu.


Alhadulillah, saya baca Ayat Kursi di ubun-ubun kepala pelajar itu. Bila dia dah hampir sedar saya ajak dia berbual hingga dia benar-benar sedar. Saya gembira dapat membantu. Sejak itu ada kata-kata bahawa saya ada ilmu la apa la.... Sedang kan saya masih guna kemahiran kaunseling sahaja. Sungguh... =>


Apabila saya kembali ke bilik kaunseling saya mula terfikir, memang mencabar menjadi guru terutama kaunselor ni. Mana tidaknya, pelajar kene hesteria pun kaunselor juga dipanggil. Ntah la... Memang pengalaman luar biasa... Cuma... Sejauh mana mampu saya terbang.... ??


Salam Cikgu Di Hati, Pastikan anda canggun pada hari ini dan setiap hari. Salam.

HILANG….


Assalamualaikum kawan-kawan dan semua teman yang menziarahi blog saya ni…. Dah lama tak menulis. Kini kite berjumpa lagi.

Em… cuti Tahun Baru Cina aku isi dengan berjalan makan angin bersama family. Dah lama tidak seperti ini. Kami ke Kampung Kuantan tengok kunang-kunang dan pergi ke Pulau Carry.
Dalam perjalanan itu aku sangat gembira. Namun ade sesuatu yang tiada... Em... gambar kenangan...

ntah la... knp la yek... aku hilang dalam keseronokan ni... Atau aku yang tidak seronok.
Ntah la...

Hilang....

CANGGUN

Ramai yang pelik apabila saya guna perkataan CANGGUN. Kalau canggung sudah biasa kan... Yup, tiada dalam kamus dewan atau kamus jenis apa pun. Tapi pada saya ia suatu sumber motivasi yang mahal...


CANGGUN ni adalah gabungan perkataan CANGGIH dan ANGGUN. Inilah daya motivasi baru era kini bagi saya.


Canggun perlu hadir dalam sistem motivasi insan pada masa kini. Kenapa??? Sebab inilah diri seorang yang termotivasi untuk majukan diri dan membantu orang lain.


Justeru, pastikan anda hari ini mampu lahirkan satu produk yang CANGGUN untuk membantu diri dan orang lain.


Jumpa lagi.... Salam Cikgu Di Hati. Pastikan andalah CANGGUN!!

Sesi kaunseling pertama...



Salam sejahtera... hari ini hari Selasa kali pertama di sekolah aku mula buat sesi kaunseling. Kaunseling kelompok. Hehehe... dah lama sgt tak buat sampai rs hilang sentuhan... Ini lah dunia kan... Dalam usaha ingin membantu aku merakam sesi dengan kebenaran klien sebagai bukti melaksanakan sesi.

Apa-apa pun dalam kelam kabut sesi pertama aku tu.... sebenarnya aku da bergelumang dengan klien dalam masa 1 jam setengah. Hu... lama... Daripada perkongsian kelompok, baru satu isu psikologi yang dapat aku selesaikan. Aku minta kebenaran tamatkan sesi kerana agak penat. Sayangnye..... Selepas klien aku kluar... aku nk semak balik rupa-rupanya aku x tekan rekod. Peh... sedih gile.... Hampeh!!!

Hehehehe... apa2 pun pasti seronok dengan pengalaman pertama ini. Cayok semua kawan2. Salam... Jumpa lagi... Salam Cikgu Di Hati!!!