SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

BERAPA JAUH TERBANGAN KU…???

Assalamualaikum dan Salam Cikgu Di Hati. Bertemu lagi kita pada ruangan tinta pada kali ini... Alhamdulillah, dah 3 minggu praktikum berlangsung. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi.

Ok.. anda pasti pernah dengan jika kita menjadi guru, kita kene buat pelbagai bende dalam satu masa. Hehehe... sgj utk kongsikan apa yang berlaku di sekolah saya.


Suatu hari, ada guru beritahu ada berlaku hesteria di kelas tingkatan tiga. Terperanjat saya apabila saya diminta untuk tolong. Saya pergi untuk cuba membantu. Ikhlas untuk membantu pelajar itu.


Alhadulillah, saya baca Ayat Kursi di ubun-ubun kepala pelajar itu. Bila dia dah hampir sedar saya ajak dia berbual hingga dia benar-benar sedar. Saya gembira dapat membantu. Sejak itu ada kata-kata bahawa saya ada ilmu la apa la.... Sedang kan saya masih guna kemahiran kaunseling sahaja. Sungguh... =>


Apabila saya kembali ke bilik kaunseling saya mula terfikir, memang mencabar menjadi guru terutama kaunselor ni. Mana tidaknya, pelajar kene hesteria pun kaunselor juga dipanggil. Ntah la... Memang pengalaman luar biasa... Cuma... Sejauh mana mampu saya terbang.... ??


Salam Cikgu Di Hati, Pastikan anda canggun pada hari ini dan setiap hari. Salam.

0 comments:

Post a Comment