SEHARUM WANGIAN KASTURI

Biar pandai mencipta sejarah, Jika hitam, Hitamlah ia, Sejarah tak bisa dipadam, Namun sejarah bisa berulang

Senja mula berlabuh

SENJA MULA BERLABUH
Dedikasi untuk semua rakan sem 7


Petang,
Ketika beburung kembali ke sarang,
Ketika matahari kian suram,
Ketika sinar ceria mula muram,
Ketika ini senja datang,

Aku merenung jauh pagi dinihari,
Masih segar udaranya dlm nafasku,
Masih terpancar lakaran alam pagi itu,
Masih waja wawasan hijau ku cipta pagi itu,
Masih ranum ku genggam tekad ku

Kini senja datang,
Aku tahu pagi tadi jauh meninggalkan ku,
Jauh yang tak akan ku bersua lagi,
Ku potretkan hari ini dalam filem kenangan,
Kerana ku tahu hitam putih hari ini
Laluan esok yang datang

Telah jauh ku tinggalkan kenangan pagi tadi,
Aku masih bergelumang dengan sedih,
Sedih... terkenang rakan-rakan,
Sedih... terkenang sejarah ku lakar,
Sedih... Setiap budi yang rakan ku taburkan
Semuanya ikhlas....
Ikhlas seorang rakan demi rakan

Ia bukan sekadar kenangan,
Ia bukan angin yang bersahaja datang
Ia sebuah pengalaman
Yang terus segar dalam diam

Aku terkenang jauh,
Ketika senja sudah berlabuh

Hafiez
11.53.
Bilik 2.5.2 (1)
KHAR...

0 comments:

Post a Comment